BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

tertibex2 rindui lak rasenyer...^_^

Monday, May 30, 2011

assalamualaikum ..apakabor smua ..sihat ..harapx2 semuanya sihat belaka .. alhamdulilah skunk daku di rumah selepas berjuang selama dua minggu di ipg kerana peperiksaan .. namun walaupun dirumah daku tak dapat nak bergiat aktif kerana secara tibe x2 badan ak dilawat penyakit demam .. dah hampir tiga hari ak baring jer di atas katil ...takpe laa nak wt macm nee .. harapx2 dapat la cepat sembuh sb ak terasa rindu lak kat aktiviti lama ak ..

ak suka sgt aktiviti seni mempertahankan diri ..clau leh nak cube semua yang ade kat dunia nie .. namun apakan daya .. ak hanya sempat cuber dua sahaja seni bela diri ini ..taekwondo dan juga silat .. alhamdulilah taekwondo ak dah hampir tahap tertinggi namun silat mase di anggap ibarat "mangga muda"....


di snie diri ini berkongsi sedkit tentang seni mempertahankan diri ..
Seni pertahankan diri (wikipedia ) (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.

Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan brunei.

Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia.

Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong. Di antara jenis-jenis seni bela diri yang popular adalah seperti berikut :-

  1. Silat
  2. Taekwondo
  3. Judo
  4. Karate
  5. Wushu
  6. Kendo
  7. Aikido
  8. Kalaripayat
  9. Silambam
  10. Kung fu
  11. Tomoi

oleh demikian ak harap agar cutix2 ini dapat ak manfaatkan sepenuhnya .. walaupun dah lama ak tinggl kan namun jiwa dan tenaga masih ag bersemat dalam diri ini ^_^....selain itu ada beberpa tips yang mahu saya kongsi kan bersama x2 ^_^..

Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

Jerit sekuat hati

Apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit sekuat hati. Ini akan membuatkan penjenayah tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda.

Jika penjenayah mengacukan senjata seperti pisau atau pistol ke arah anda dari dalam kereta, lari jauh dari kenderaan itu dan pada masa yang sama menjerit. Ia mungkin akan membuat penjenayah melarikan diri.


gambar hiasan


Gunakan kekuatan tangan

Jika penjenayah menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah.

Anda juga perlu bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut.

Jangan perhatikan satu bahagian tubuh penjenayah sahaja. Sebaliknya lihat secara menyeluruh dan perhatikan mana-mana bahagian yang boleh diserang. Sebagai contoh, jika penjenayah memakai subang, tarik subangnya sekuat hati.

Apabila penjenayah tunduk kesakitan, anda boleh lari sambil meminta pertolongan.

Teknik 'kunci kaki'

Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda.

Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya.

Jangan panik

Sekiranya anda sedang berjalan, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani.

Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah.

Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata.

Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan.

Penyembur mata

Paling penting, sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan.

gmbar hiasan

Gunakan apa juga objek

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta.

gmbar hiasan

gmbar hiasan

Jangan mudah menyerah kalah

Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda untuk mengelakkan anda dicederaka

sinie ade beberapa link yang leh andax2 smua wt sebagai rujukan dan panduan agar dapat di manfaatkan suatu hari t ..



selmat mencuber ^_^"

0 comments: