BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

tertibex2 rindui lak rasenyer...^_^

Monday, May 30, 2011

assalamualaikum ..apakabor smua ..sihat ..harapx2 semuanya sihat belaka .. alhamdulilah skunk daku di rumah selepas berjuang selama dua minggu di ipg kerana peperiksaan .. namun walaupun dirumah daku tak dapat nak bergiat aktif kerana secara tibe x2 badan ak dilawat penyakit demam .. dah hampir tiga hari ak baring jer di atas katil ...takpe laa nak wt macm nee .. harapx2 dapat la cepat sembuh sb ak terasa rindu lak kat aktiviti lama ak ..

ak suka sgt aktiviti seni mempertahankan diri ..clau leh nak cube semua yang ade kat dunia nie .. namun apakan daya .. ak hanya sempat cuber dua sahaja seni bela diri ini ..taekwondo dan juga silat .. alhamdulilah taekwondo ak dah hampir tahap tertinggi namun silat mase di anggap ibarat "mangga muda"....


di snie diri ini berkongsi sedkit tentang seni mempertahankan diri ..
Seni pertahankan diri (wikipedia ) (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi merupakan orang awam.

Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan brunei.

Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya tetapi telah berkembang keseluruh dunia.

Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong. Di antara jenis-jenis seni bela diri yang popular adalah seperti berikut :-

  1. Silat
  2. Taekwondo
  3. Judo
  4. Karate
  5. Wushu
  6. Kendo
  7. Aikido
  8. Kalaripayat
  9. Silambam
  10. Kung fu
  11. Tomoi

oleh demikian ak harap agar cutix2 ini dapat ak manfaatkan sepenuhnya .. walaupun dah lama ak tinggl kan namun jiwa dan tenaga masih ag bersemat dalam diri ini ^_^....selain itu ada beberpa tips yang mahu saya kongsi kan bersama x2 ^_^..

Berikut adalah tip yang boleh digunakan untuk mempertahankan diri.

Jerit sekuat hati

Apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit sekuat hati. Ini akan membuatkan penjenayah tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda.

Jika penjenayah mengacukan senjata seperti pisau atau pistol ke arah anda dari dalam kereta, lari jauh dari kenderaan itu dan pada masa yang sama menjerit. Ia mungkin akan membuat penjenayah melarikan diri.


gambar hiasan


Gunakan kekuatan tangan

Jika penjenayah menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah.

Anda juga perlu bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut.

Jangan perhatikan satu bahagian tubuh penjenayah sahaja. Sebaliknya lihat secara menyeluruh dan perhatikan mana-mana bahagian yang boleh diserang. Sebagai contoh, jika penjenayah memakai subang, tarik subangnya sekuat hati.

Apabila penjenayah tunduk kesakitan, anda boleh lari sambil meminta pertolongan.

Teknik 'kunci kaki'

Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda.

Jika anda sedar ada dinding berhampiran, sasarkan penjenayah ke arah dinding dan humbankannya.

Jangan panik

Sekiranya anda sedang berjalan, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani.

Usah pakai barang kemas yang terlalu menonjol untuk mengelak perhatian penjenayah.

Sekiranya bertarung dengan penjenayah, elakkan membuat tendangan atau tumbukan dalam keadaan panik atau menutup mata.

Cuba tenangkan diri dan fikir apa yang harus anda lakukan.

Penyembur mata

Paling penting, sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan.

gmbar hiasan

Gunakan apa juga objek

Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta.

gmbar hiasan

gmbar hiasan

Jangan mudah menyerah kalah

Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda untuk mengelakkan anda dicederaka

sinie ade beberapa link yang leh andax2 smua wt sebagai rujukan dan panduan agar dapat di manfaatkan suatu hari t ..



selmat mencuber ^_^"

exam ^_^

Friday, May 13, 2011


Assalamualaikum .. hye semua ..
selamt tgh hari .. ^_^ harap semua sehatx2 belaka ..
alhamdulilah akhirnya dapat gak daku pulang ke rumah seblum periksa ...ak pulang mahu mintak restu dari ibu n bapa ku seblum periksa..
ak harap exam kali nie ak dapat wt yang terbek..
insyaALLAH ak akan usahakan sebek mungkin ^_^..
kepada sahabat sepejuangan ku ..kuatlah semangat kamu semua untuk menghadapi perkra umum terjadi dalm diri seorang pelajar ..
memg dah lumrah bergelar pelajar..
semoga kalian berjaya ..sesamalah kita berjuang ..walaupun perjuangan kali ini bukanlah mengangkat senjatax2 yang bisa membunuh namun senjata yang bisa mngubah dan mncorak kehidupan kita ..
tenanglah diri anda semua hadapi peperiksaan kali nie ... banyakkan berdoa,bertwakal kepada ALLAH S.W.T yang MAHA PENCIPTA .. ^_^

sayang ibu ...selamat hari ibu ^_^

Monday, May 9, 2011

assalamualaikum ....harapx2 tak terlmbat laa nak wish selamat hari ibu .. ibu yang melahirkan ak..ibu yang memberi makan dan minum .. ibulah peneman ku di saat suka mahupun duka ..ibu selamat hari ibu .. semoga ALLAH memberkati ibu di dunia dan akhirat .. wan mendoakan ibu senantiasa gmbra kerana kegembiran ibu adalah kegembiraan wan dan kesedihan ibu adalah kesdihan wan ..

ertinya:ya allah ampunilah!! bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapakku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku dimasa kecil.

ibu ku syang ^_^


Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


ummiku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Walaupun ummi letih
mengasuh kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Bila pulang sekolah
ummi sambut kami
sembahyang sama ummi
alhamdulillah

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Ummi ku sayang kaulah serikandi
berkorban selalu untuk kami
ummi ku sayang kau ibu mithali
semoga ALLAH kan berkati

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah ummi ku sayang

Aku sayang ummi
ummi ku sayang ummi
sayang sayang ummi
ummi ku sayang

Tajuk Nasyid : Ummiku Sayang
Artis : Soutus Sofwa


teringat zamanx2 muda ^_^

Thursday, May 5, 2011

Sekolahku

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"

Assalamualaikum ^_^




assalamualaikum..apa khabar semua harap semua sihatlah .. alhamdulilah akhirnya dpat juga diriku membersihkan habukx2 kat blog ak nie... sudah lama ku tidak jenguk .. yela mane tak nyer semenjak jadi perwakilan nie memanjang jer sibuknyer .. namun ku usahakan juga untuk wt yang terbek untuk diriku...

sebenarnya banyak dah terjdi semenjak 4 bulan ak jadi perwakilan nie .. banyak kisah suka dan duka yang ak lalui.. yang duka ku jadikan iktibar buat ku dan kisah yang suka lak akn ak semadikan di sebagai kenangan terindah ku.. ak cube menjadi yang terbek..

ak senantiasa pegang katax2 abg fesi ak wktu ak form 2 yakni " pimpinlah orang yang kamu pimpin seperti mana kamu suka dipimpin dan janganlah kamu pimpin orang yang kamu pimpin sperti mane kamu tidak suka dipimpin". katax2 inilah yang menjadi pegangan ku semenjak dari MRSM hinggalah sekarang.. jawatan perwakilan dan jawatan ak semasa di MRSM dulu tidak jauh bezanya.. apa yang ak wt masa ak jawat jawatan di MRSM banyak ak aplikasikan di sinie..

sekunk ak dah 4 bulan menjadi perwakilan tinggal 5 bulan lagi sebelum masanya tamat.. ak akan cuber sedaya upaya ak untuk kutip setiap pengalaman yang ada sewaktu menjadi pewakilan pelajar ini . kerana bagiku inilah peluang yang pasti tidak akan berulang kembali..

kepada sahabatx2 satu organisasi dengan ak ..ak mahu minta ampun dan maep jika sepanjang 4 bulan kita bersama pernah diri ini menguris hati kamu semua... bak kata orang tuax2 "tak kenal maka tak cinta"..dan kepada rakan sekelas ku .. kemaafan dipinta jika perangai ak mula berubah dan menyakitkan hati kalian ..ak pinta kalian paham ak tugs ku.. bukan ku mahu begitu.. jadi maeplah jika ada tersilap kata..