BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

planet neptune..planet yang sgt sejuk ^_^

Monday, December 13, 2010

Pada hari ini saya akan menceritakan pulak pasal planet neptune.seblum nie planet marikh dan zuhal skunk lak planet Neptune ^_^..marilah kita explore planet Neptune ini bersama-sama

sistem suria ^_^

Untuk pengetahuan korg smua planet Neptun merupakan salah sebuah dari sembilan planet dalam sistem suria. Ianya bewarna biru gelap dan planet ini 4% lebih kecil dari planet Uranus. Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan gas helium dan berawan. Atmosferanya juga mengandungi 3% gas metana. Metana ini lah yang menyebabkan Neptun bewarna biru. Ini kerana gas metana menyerap semua cahaya merah. Selain dari itu, planet ini juga lebih sejuk dari planet Uranus. Suhu-suhunya telah menghalang pembentukkan molekul yang mewarnakan awan-awan.

Gambar Neptun yang telah diambil dalam tahun 1989 oleh kapal-angkasa Voyager 2 dari jarak kejauhan beberapa juta km. Dapat kelihatan di sini awan putih pada altitud tinggi dan juga tompok hitam yang dijangka terdiri daripada ribut taufan. Kredit : JPL/NASA

Neptun mempunyai sekurang-kurangnya 13 satelit-satelit. Satu daripada mereka yang didapati amat menarik dipanggil Triton. Satelit ini mempunyai garis-pusat 2700 km dikelilingi oleh satu atmosfera nipis yang terdiri daripada nitrogen. Dalam tahun 1989 kapal angkasa Voyager 2 telah mengukuri bahawa suhu satelit ini adalah paling rendah sekali di Sistem Suria, iaitu -236 Celcius. Permukaan satelit ini penuh diliputi dengan ais nitrogen yang amat kompleks, bentuknya menyerupai pancutan yang mengeluarkan nitrogen sehingga mencapai tahap ketinggian 8 km.

lapisan-lapisan dalam neptun ^_^

Putaran Neptun juga pantas. Ini kerana planet ini kecil. Di planet neptun, terdapat gelang-gelang melingkarinya. Terdapat 2 gelang sempit. Dan terdapat juga bulan-bulan kecil yang dipanggil bulan pengembara. Bulan utama planet neptun adalah bulan Nereid dan bulan Triton. Ia mengelilingi neptun selama 5.877 hari dibumi untuk satu putaran.

0 comments: