BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Karena Ku Cinta Kau

Saturday, October 16, 2010



Adakah ak layak mengutarakan tentang cinta. ak tau ak bukannya manusia yang sempurna terdapat banyak cacat celanya dari atas hingga ke bawah ,dari dalam hingga kan luaran. namun ak juga mempunyai hati dan perasaan yang mana ada juga pada setiap manusia yak nie perasaan utk bercinta.



cinta sejati ialah kasih Tuhan pada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya, KASIH saudara masa berada,KASIH sahabat masa binasa. KASIH suami isteri sepenanggungan. KASIH orang menaruh harapan. Setiap orang pernah merasa cinta tapi tidak semua dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua mampu mengecapi kebahagiaan.



cinta pertama adalah kenangan. cinta kedua adalah pengajaraan dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluaan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar senantiasa mekar dan wangi setiap musim.

bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji,berkhawinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. cinta palsu adalah sekadar basi-basi. cinta materialistik merosakkan jiwa. dan cinta yang sejati ialah cinta yang menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. oleh itu semai dan bajailah rasa kashih sayang dan cinta terhadap sesama insan ,lebih-lebih lagi terhadap ALLAH SWT kerana ALLAH terlalu kasihkan hambaNYA lebih daripada seorang ibu mengasihi anknya.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…

Seandainya telah Engkau catatkan…

Dia milikku tercipta buatku…

Satukanlah hatinya dengan hatiku…

Titipkanlah kebahagiaan antara kami…

Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…

Seringkanlah kami melayari hidup ini…

Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…

Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku…

Bawalah dia jauh daripada pandanganku…

Luputkanlah dia dari ingatanku…

Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…

Berikanlah aku kekuatan…

Menolak bayangannya jauh ke dada langit…

Hilang bersama senja yang merah…

Agarku sentiasa tenang…

Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku…

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…

Di dunia dan akhirat…

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…

Jangan Engkau biarkan aku sendirian…

Di dunia ini mahupun di akhirat…

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…

Ke jalan yang Engkau redhai…

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…

Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.



0 comments: